TIPS PENJAGAAN KESIHATAN

Tips Langkah Penjagaan Kesihatan

1. Seseorang harus minum 2 - 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1.0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.

2. Seseorang perlu elakkan makan berlebihan, dan apa-apa makanan yang diambil mesti bebas daripada sisa racun serangga dan pengawet. Mengelakkan makanan yang menyebabkan sembelit, dan mengamalkan tabiat membuang air besar yang baik juga penting.

3. Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan.

4. Ada makanan yang bersifat asid dan ada pula yang bersifat alkali. Adalah lebih baik jika seseorang dapat memastikan 40 peratus daripada makanan yang dimakan adalah berciri asid, dan 60 peratus berciri alkali.

5. Golongan dewasa tidak harus membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti lasak yang menyebabkan peluh berlebihan. Aktiviti harian biasa sudah memadai untuk menjaga kecergasan. Bagaimanapun, mereka di zaman persaraan boleh berjalan pantas bagi jarak singkat setiap hari.

6. Apabila keadaan kesihatan adalah baik, tiada siapa pun harus mengambil makanan tambahan atau ubat-ubatan tidak perlu. Golongan dewasa dan kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan baik tidak sepatutnya mengambil apa-apa makanan pelengkap kalsium. Mereka yang hidup di negara-negara tropika harus mengelakkan pelengkap vitamin D sejauh mana yang boleh.

Punca penyakit

1. Racun yang terkumpul dalam tubuh kerana gaya hidup tidak sihat. Ini termasuk kurang meminum air, terdedah kepada sinaran matahari yang banyak, dan kurang kencing kerana air yang banyak hilang melalui peluh, mandi air panas dan menggunakan kipas untuk menyejukkan badan.

2. Mengambil makanan dan minuman yang tidak sesuai, daripada segi kualiti dan kuantiti termasuk kurang makan dan makan berlebihan. Selain itu memakan makanan yang diperbuat daripada tepung halus yang boleh menyebabkan sembelit kronik, mengambil terlalu banyak makanan berasaskan haiwan, memakan sayur dan buah yang dicemari racun serangga dan pengawet.

3. Gas-gas beracun yang terperangkap dalam tubuh termasuk karbon dioksida yang dihasilkan oleh tubuh kerana sukar bernafas, selain menyedut gas-gas toksik daripada sumber luaran seperti semburan toksik, racun nyamuk, wasap pembentungan/industri/ trafik. Ini termasuk juga, istilah Melayu : "banyak angin dalam badan".

4. Keseimbangan dalam pH (asid/alkali) terjejas dalam bendalir tubuh. Ini berlaku kerana mengambil makanan beralkali atau berasid, selain daripada faktor-faktor lain.

5. Aliran bendalir limfa dan darah yang terganggu boleh
disebabkan oleh pakaian ketat, seperti seluar dalam, tali pinggang, stoking, tali leher yang ketat.

6. Gangguan `iatrogenic' - berpunca dari penggunaan radio-isotop, imbasan, radiasi dan biopsi bagi diagnosis, kemoterapi kuat, antibiotik sangat toksik dan pelbagai jenis ubat-ubatan, interaksi ubat-ubatan serta pembedahan yang tidak perlu.

7. Racun daripada haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama kita juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang boleh membawa maut.
8. Penyakit keturunan, iaitu diwarisi melalui gen.


Tekanan Darah Tinggi - Rendah - Normal

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut :- 120 / 80 mmHg.

Nombor atas (120) : Menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.

Nombor bawah (80) : Menunjukan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa kita rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita. Jika tekanan darah kita tinggi, doktor kita akan memeriksa semula tekanan darah kita untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah kita yang sebenar.

Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah tinggi (hypertension).

Tekanan darah optima : 130 / 80 mmHg. Ini nilai ukuran yang ideal dan sihat.

Tekanan darah tinggi : Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg.
Kadar tekanan darah kita adalah terlalu tinggi.

Tekanan darah rendah: Kurang daripada 130 / 75 mmHg.
Kita selalunya tertipu dengan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Kita mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri kita sihat.

Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada kita menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah kita secara berkala.

Apa risiko tekanan darah tinggi ? Jika tekanan darah kita kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, angin ahmar, kegagalan jantung atau kerosakan buah pinggang.

Tekanan darah rendah (hypotension) pula adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi.

Tekanan darah kita yang sememangnya berbeza perlukan perhatian kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlit dan pengamal diet.

Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti: stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata atau pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah.

Tanda-tanda awal pesakit darah rendah ialah seperti: cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap; pernafasan cepat dan pendek, depresi serta cepat haus.

Jika tekanan darah normal atau optima (130 / 80 mmHg), kita perlu terus mengawal tekanan darah kita, dengan cara :
Memeriksa tekanan darah kita secara berkala - 2 kali setahun jika kadarnya normal.

Lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika kita mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.

Tidak merokok. Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan garam dan lemak. Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.

Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.

Kekalkan berat badan unggul.

Bersenam secara berkala.

Elakkan pengambilan alkohol.

Jika kita menghidap tekanan darah tinggi, ikuti langkah-langkah berikut:

Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.

Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.

Jumpa doktor secara berkala bagi mengawal tekanan darah kita.

Tahap Unggul Kesihatan

Seseorang yang SIHAT SEPENUHNYA harus:

boleh makan dan hadamkan makanan dengan baik, tanpa diganggu flatulens dan perut buncit,

sentiasa bertenaga sepanjang masa,

membuang air besar tanpa bimbang akan buasir atau pendarahan,

mampu bernafas dengan mudah tanpa tercungap-cungap, mulut tidak berbau,

darah berkualiti baik, tanpa perlu khuatir akan tekanan darah tinggi/rendah atau sakit jantung,

mempunyai sistem saraf yang mantap dengan tubuh stabil, dan bersama memori dan refleks baik,

mempunyai daya penglihatan dan pendengaran baik,
dapat tidur lena,
tidak mempunyai masalah semasa haid atau mengalami ketumbuhan, sista, sakit tubuh, migrain dan sakit kepala,

mempunyai tubuh yang subur, bertenaga sepenuhnya dengan tahap kesihatan seksual yang baik,

kelihatan muda, dengan kulit licin, tanpa kedut dan tanda-tanda penuaan.

Selepas ini seseorang tidak perlu bimbang akan kesihatannya, kerana tubuh akan berada dalam keadaan ini, membolehkan seseorang bekerja untuk tempoh yang lama setiap hari walaupun dalam usia tua.

Nasihat dari bekas pensyarahku
Dr. V. M.Palaniappan, PhD
(bekas Profesor Madya Universiti Malaya; hasil penyelidikannya selama 30 tahun)


AJK PANITIA SAINS SMK SERI BADONG

Ketua Panitia: Pn Mahtom binti Omar
Ahli Panitia : En Salleh bin Saad
En. Nazri bin abu Bakar
En Mohamad Shahril

AKTIVITI BULAN APRIL TAHUN 2009

4 MEI 2009-PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU BIOLOGI DAERAH KUALA MUDA/YAN TAHUN 2009

PESERTA PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME BIOLOGI DAERAH KMY

PESERTA PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME BIOLOGI DAERAH KMY
GURU-GURU BIOLOGI KMY

FASILITATOR MR NG WENG CHIN FROM SMK KUALA KETIL

FASILITATOR MR NG WENG CHIN FROM SMK KUALA KETIL

CERAMAH SKOR A

CERAMAH SKOR A

Wednesday, May 6, 2009

Tuesday, May 5, 2009